Gender 101
This guest post was written by Maisarah Reckweg. FF welcomes guest posts on feminism, human rights, and democracy in Malaysia. Submit your posts through Tumblr or over email. Or consider becoming a regular blogger for FF.
**********
Apa itu gender?
Sering-kali kita mendengar akan konsep gender. Dalam dunia akademik feminisma, kesedaran gender dan seks memang ditekankan. Tapi lumrahnya, kesedaran ini bukan sahaja penting dalam akademik, tapi ianya amat berkait-rapat dalam kehidupan seharian kita. Tapi persoalannya, apa itu gender sebenarnya? Apakah itu seks? Bagaimana ianya ada kena-mengena dengan diri anda?
Secara umumnya, gender adalah perbezaan atau andaian sosial yang dikenakan kepada kita oleh masyarakat. Andaian ini adalah dari segi sikap, sifat atau perbuatan yang diberikan oleh masyarakat berdasarkan sesuatu jantina. Dan seks adalah ciri-ciri biologi yang terdapat pada kita sejak dilahirkan. Mari kita cuba lihat latihan dalam rajah dibawah untuk lebih memahami.

Jika kita senaraikan ciri-ciri yang secara umumnya terdapat pada lelaki dan perempuan, kita akan dapat yang berikut:

Sekarang, apa kata kita tukar label ‘Lelaki’ kepada ‘Wanita’ dan ‘Wanita’ kepada ‘Lelaki’:

Memang nampak pelik dan kelakar pada mulanya bukan? Tapi, jika kita fikirkannya, memang ada wanita yang kasar kan? Lelaki yang cantik? Lelaki yang penyayang? Wanita yang kuat? Wanita yang bersuara garau?

Sekarang, cuba perhatikan ciri-ciri yang dibulatkan dengan warna merah. Ciri-ciri tersebut yang tidak dapat ditukar-milik antara lelaki dan perempuan adalah ciri-ciri biologi. Itulah yang dikenali sebagai ciri-ciri seks.
Dengan kesedaran gender yang kita ada, kita dapat mengelak diri kita dan orang sekelilingi kita daripada ditindas oleh stereotaip masyarakat. Konsep gender ini menjadi bahaya apabila ianya dijadikan sebagai stereotaip dan dianggap sebagai sesuatu yang betul, nyata dan tidak boleh diubah sama sekali.
Mungkin bagi segelintir ahli masyarakat, tekanan stereotaip tidak membawa makna atau masalah bagi mereka. Tetapi terdapat banyak kejadian dimana wanita dan juga lelaki yang berasa tertekan dan terpaksa mengikut stereotaip atas kehendak masyarakat (termasuk keluarga, rakan sekerja dan sahabat handai) agar diterima oleh orang ramai.
Sebagai contoh, sehingga kini masih terdapat wanita yang mendapat tentangan keluarga atau masyarakat kerana membuat pilihan untuk tidak mempunyai anak sejurus selepas berkahwin? Selain itu, terdapat juga golongan yang wanita bekerjaya adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi fokus terhadap rumahtangga dan keluarganya.
Maisarah is a volunteer for FF. She currently is a coordinator for a Malaysian human rights non-profit organisation.