Nota dari sesi plenari FF

Oleh Alicia Izharuddin.

Pada pagi 26 haribulan November jam 8.30 pagi, Fiesta Feminista membuka tirai kepada sesi-sesi dan bengkel dengan sebuah sesi plenari yang dimulakan oleh Janatharni Arumugam, selaku wakil jawatankuasa penganjur FF. Ucapan beliau mengetengahkan persoalan mengapa acara Fiesta Feminista harus diadakan dengan menerangkan konteks sosial Malaysia yang kini berada di anjung perubahan besar dari segi politik.

Tetapi berubahan besar tersebut dikekangi dengan pelbagi musibah seperti urus-tadbir yang tidak beretika dan penindasan terhadap wanita yang berlaku saban hari. Mengikut Janatharni, Fiesta Feminista adalah satu lagi acara dan sebuah ‘proses’ yang mendesak untuk perubahan yang lebih mendalam lagi di Malaysia dengan meningkatkan penyertaan wanita dalam politik dan urus-adbir, dan memberikan suara kepada golongan yang jarang diberikan peluang bersuara.

Claudia Lasimbang daripada PACOS Trust kemudian membincangkan masalah yang kini dihadapi oleh wanita dari golongan orang asal di Sabah. Pembangunan dan urbanisasi telah mendatangkan banyak kesan negatif kepada cara hidup tradisional wanita orang asal. Misalnya, penukaran hutan kepada pertanian yang tetap menyebabkan penghilangan mata pencarian tradisional wanita. Peluang bekerja wanita orang asal lebih merosot lagi dengan skim pemindahan dan penempatan semula komuniti orang asal disebabkan pembinaan empangan besar di kawasan tempat tinggal mereka.

Antara cabaran-cabaran lain yang dihadapi oleh wanita orang asal termasuklah beban dan tanggungjawab rumahtangga yang meningkat disebabkan kemiskinan, perubahan fizikal dan sosial yang menjejaskan amalan tradisi, dan kuasa politik yang kian mendalam dan menyukarkan wanita daripada mengambil bahagian dan keputusan dalam arena politik.

Pembentangan daripada Winnie Yee, president SAWO, pula menegaskan kepentingan kempen menghapuskan keganasan terhadap wanita di Sabah. Winnie menghuraikan penglibatannya dalam kempen tersebut dengan menceritakan kisah ibunya sendiri yang membanyak memberikan ilham kepada beliau untuk mendirikan SAWO dan berjuang untuk hak-hak wanita Sabah.

Akhir sekali, Smita Elena Sharma dan Shika membincangkan cabaran yang dilalui oleh komuniti Mak Nyah di Malaysia. Pada pendapat mereka, adalah penting sekali bagi gerakan wanita di Malaysia untuk menerima penyertaan wanita-wanita Mak Nyah dalam perjuangan bersama. Masalah transfobia di Malaysia sangat serius dan boleh menjadi satu halangan kepada semangat solidariti gerakan wanita.

Sidang plenari diakhiri dengan sesi soal jawab dengan soalan-soalan tentang bagaimana untuk membuka minda dan menerima seorang ahli keluarga yang kemungkinan besar adalah transgender, mengapa pekerja seks di Malaysia jarang diambil kira dalam perjuangan hak-hak wanita, dan isu kewarganegaraan suku Bajau Laut.

Kampung Alab Lanas

This village in the interior is five hours from Kota Kinabalu. It has around 560 villages according to a 2008 survey. Most of the villagers earn a living by planting padi, rubber trees or oil palm.

However, the government has been giving away their land to a corporation, which has cut down a huge area of forests and turning them into oil palm plantations.

The village also face problems with electricity as they have to pay RM800 or more for technicians to connect the wires (for two lights and a socket only) to their homes.

Life is tough, but at least they still have a river to cheer things up!

.

The villagers, mostly orang Sungai, practice a system called tagal. Under this system, everyone is forbidden from catching any living beings in the river for a certain amount of time, for example three years, or they would be cursed.

The system protects the river’s ecosystem and allow its marine life to grow without interruption for the next few years.

After finding out more about the village, one of the participants—Uma (below, right) from the Women’s Aid Organisation—spoke to the indigenous women about women’s rights and their right to be free from all violence including domestic violence.

Participants also showed villagers a video of Bersih 2.0 and the importance of clean and fair elections. Lena (centre) from Pusat Komas gave a short commentary to help villagers understand the issues at stake.

Migrasi di Sabah dan isu-isu berkaitan

Artikel ini ditulis oleh Eileen Cham. FF mengalu-alukan artikel tentang feminisma, hak asasi dan demokrasi di Malaysia. Hantarkan artikel melalui Tumblr atau emel. Atau jadi blogger tetap untuk FF.

                                                    **********

Mengikut suratkhabar Daily Express, bancian penduduk dan perumahan tahun 2010 mendapati bahawa 27.75% penduduk Sabah dikategorikan sebagai ‘Bukan Warganegara’. Bilangan ‘Lain-lain Bumiputera’ manakala adalah sebanyak 20.58%. Jika digabungkan kedua-duanya, jumlahnya mewakili 48.33 peratus penduduk Sabah keseluruhannya, nilai yang jauh lebih besar dari kumpulan-kumpulan etnik yang lain termasuk Kadazan/Dusun (17.73%), Bajau (14.04%), Cina (9.22%) dan Melayu (5.74%).

Dalam erti kata lain, warganegara asing dan bumiputera lain adalah dua kumpulan terbesar di Sabah, dan apabila diletakkan bersama, bilangan mereka hampir cukup setengah dari keseluruhan penduduk di negeri itu.

“Apa?!” teriak rakan ku, Joy, seorang lagi pelatih di SAWO. Dia terus membaca rencana di muka depan Daily Express itu hingga ke penghabisan. Kemudian berkira-kira pula dia menggunakan jari hinggalah berpuas hati. “Jadi…kiranya kita dalam golongan minoriti lah sekarang yea?”

Statistik yang diketengahkan memaksa kami berdua memikirkan semula perhubungan kami dengan sahabat-sahabat bukan warganegara, mereka-mereka yang sebelum ini lazimnya tidak kami endahkan. Tatkala membesar kita sudah sedia tahu bahawa ada pelosok-pelosok dalam bandar di mana seorang rakyat Malaysia tak akan menyinggah, ada kawasan-kawasan yang lebih buruk rupanya dari yang lain, dan ada tempat-tempat di mana kita akan lebih kerap kedengaran bahasa-bahasa yang asing dari bahasa-bahasa yang biasa kami dengarkan: tetapi, pernahkah kami fikirkan apakah maksud di sebalik semua ini? Tak pernah, dan kerana itulah statistik bancian tersebut lagi mengejutkan. Kini masanya telah tiba untuk kami melihat dengan lebih teliti hubungan simbiotik antara kami dengan mereka.

Pelayan-pelayan di restoran Pan-Mee kesukaan kami, tuan punya kedai runcit berdekatan, jurujual-jurujual sayuran di pasar hari Ahad, orang rumah Pastor di gereja kawasan perumahan kami – adakah mereka ‘orang sini’? Atau adakah mereka ‘orang asing yang bekerja sini’?

Di Sabah memang kita jarang timbulkan soalan-soalan sedemikian. Bagaimana kita hendak copkan seseorang itu sebagai ‘orang asing’ bila paras rupanya seakan kita, bercakap pun macam kita dan kita menyembah Tuhan yang sama? Dan dia pun kemungkinan besar lahir dan dibesarkan di sini, seperti kita juga.

Buruh asing dan imigrasi bukanlah fenomena yang eksklusif bagi Sabah; namun apa yang unik di sini berbanding tempat lain di Malaysia adalah betapa mudah dan meluas integrasinya dengan masyarakat setempat. Baik dari segi bahasa, paras rupa, budaya atau ugama – susah bagi kami mengenalpasti titik perbezaan antara kita dengan mereka. Dalam pemikiran masyarakat kita di sini, orang ‘asing’ atau ‘lain-lain’ sama seperti orang kita biasa kenal dan oleh itu tidaklah begitu menakutkan.

Isu pemastautin bertambah kompleks apabila ‘Project IC’ diambil kira. Ianya merupakan satu usaha sistematik sebahagian agensi kerajaan untuk mewarganegarakan pemastautin di sekitar tahun 1990-an dan ianya hebat diperbahas ketika itu. Dengan adanya MyKad dan hak mengundi dalam tangan, tak aneh jika si pemastautin berasa berhak menikmati peluang-peluang dan sumber yang terdapat di Sabah tempat tinggalnya. Perasaan berhak sebegini pun mungkin lebih lagi terasa setelah menetap di sini berbanding waktu menetap di negara sendiri.

Usah kita lupakan bahawa statistik bancian yang dibincangkan belum termasuk pekerja asing yang tidak berdaftar. Kalau ditanya-tanyakan di sini, bilangan pemastautin tidak berdaftar (yakni yang tiada dokumen ataupun tidak bernegara) diandaikan sekitar setengah juta. Di Sabah, penguatkuasaan undang-undang berkenaan imigrasi tanpa izin tidaklah menyeluruh – di perkampungan-perkampungan sepanjang pesisiran pantai Sabah terdapat sejumlah besar keluarga-keluarga yang tidak bernegara, yang juga bermaksud mereka tidak berpeluang mendapatkan sumbangan kebajikan, pendidikan mahupun pekerjaan yang sah.

SAWO telah lama runsing memikirkan apakah kaedah terbaik bagi mendekati komuniti-komuniti pendatang tanpa izin ini. Dalam komuniti-komuniti ini keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan jantina berlaku pada kadar yang tinggi. Bagaimana hendak membantu mereka yang tidak wujud dalam rekod-rekod sah kerajaan? Pelanggan-pelanggan kami yang tidak berdokumen tidak berhak menerima perkhidmatan perlindungan mahupun dibela peguam. Di kalangan masyarakat setempat pula terdapat pendapat dan sikap yang bercanggah terhadap komuniti-komuniti pemastautin. Ini menambahkan kesukaran kumpulan-kumpulan kebajikan sosial untuk memilih sejauh mana ia boleh dan patut menyediakan sokongan bagi mereka.

Isu-isu pekerja asing, samada berdaftar ataupun tidak, kerap kali mendapat perhatian media massa dan merupakan satu tajuk yang suka dibincangkan ahli politik dan pemimpin masyarakat. Ayuh kita sama-sama membincangkan situasi migrasi di Sabah di Fiesta Feminista!

Eileen pernah menjadi pelatih di ‘Sabah Women’s Action-Resource Group’. Dia kini mengaji tahun dua di Wellesley College, Massachussetts, Amerika Syarikat tapi teringin sangat menghadiri Fiesta Feminista tahun ini!